Friday, 7 December 2012



CABARAN PROFESION PERGURUAN DAN TUNTUTAN

Menghadapi zaman globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai tekanan dalam memenuhi keperluan para pelajar.
Kini pelajar semakin ke hadapan dengan adanya pelbagai teknologi yang pastinya tidak memerlukan kepakaran seorang guru. Namun, pelbagai karenah yang dihadapi tidak mungkin melunturkan semangat para pendidik dalam menjalankan kewajipan demi agama, bangsa dan negara.
Sebagai tuntutannya, guru haruslah memiliki syarat-syarat berikut dalam memenuhi keperluan para pelajar pada zaman ini. Antaranya ialah:
a. Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang pengajar.
b. Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya.
c. Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan.
d. Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain.
e. Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain.
f. Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.
g. Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya.
h. Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para pelajarnya.
i. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan pelajar.
j. Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar.
k. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di kalangan pelajar.
Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua pelajar.

1 comment: