ETIKA PROFESION PERGURUAN & ASPEK KEGURUAN SEBAGAI SATU
PROFESION
Definisi
Etika
a. Satu sistem
dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1995).
b. Prinsip moral
atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
c. Tanggungjawab
dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
d. Dari persepktif
Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.
Oleh itu, Etika
Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu
memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana:
a. Kod etika menyediakan garis panduan
bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan
diamalkan oleh guru.
b. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan
jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang
pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
c. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod
Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod
etika di negara lain.
d. Guru dapat melihat keunikan etika yang
diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
e. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha
untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu
profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan
dan dikuatkuasakan.
ASPEK KEGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION
Konsep
Profesion dan nilaitaranya
a. Sesuatu
profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang
diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai
organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan
pendidikan (Lieberman 1956).
b. Menurut
Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.(
contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)
c. Berdasarkan
ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai :
Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
d. Di
negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada
profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).
e. Nilaitara-nilaitara
sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya
setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara
perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha
memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.
Berikut merupakan aspek-aspek keguruan yang boleh
dianggap sebagai satu profesion:
a. Pengetahuan
atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali
dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
b. Mempertingkatkan
Profesionalisme
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

blog yang mengandungi maklumat yang berguna untuk semua. Tahniah
ReplyDeleteTq..kite sama-sama upgred blog
DeleteMaklumat yang boleh dikongsi bersama, tahniah terima kasih.
ReplyDeleteTq..maklumat biasa je..he he
DeleteYa, saya setuju dengan pendapat cikgu2.!
ReplyDelete